• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penjawat Awam Dinasihat Jaga Intergriti

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Penjawat awam di negeri ini digesa supaya terus menjaga integriti ketika bekerja agar ketelusan dapat dikekalkan. 

Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, beliau tidak mahu ketirisan maklumat penting yang boleh mendatangkan mudarat dalam beberapa jabatan di negeri Terengganu berlaku.

"Oleh itu, saya berharap penjawat-penjawat awam dapat menjaga integriti serta kerahsiaan jabatan masing-masing supaya Governans, Integriti dan Antirasuah dalam pengurusan pentadbiran dapat dimantapkan lagi.

"Pelan Anti Rasuah Pejabat Setiausaha Terengganu yang dilancarkan hari inj penting dalam membudayakan nilai integriti dan juga profesionalisma dalam kalangan penjawat awam.

"Ini juga menggambarkan komitmen jabatan dalam membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan juga salah guna kuasa dalam kalangan warga-warga jabatan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Razali Che Ani, Pegawai Kewangan Negeri, Rozali Salleh dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Sofian Harun. 

Tengku Sri Bijaya Raja turut berkata, di Terengganu setakat ini hanya 13 agensi dan jabatan yang selesai melaksanakan OACP di jabatan masing-masing. 

"Mana-mana jabatan dan agensi yang belum lagi melaksanakan OACP masing-masing, silalah ambil tindakan yang segera agar kita semua dapat merealisasikan dan melaksanakan perkara yang sama di semua jabatan," tegasnya.

 

 


Tag: