• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Penjawat Awam Terengganu Terima Bantuan Khas Aidilfitri

KUALA TERENGGANU, 14 April- Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 kepada penjawat awam negeri Terengganu bagi menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bantuan sebanyak RM500 itu akan melibatkan pegawai perkhidmatan awam negeri Terengganu Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan tetap, sementara, 'Contract of Service', 'Contract for Service' (Ad-Hoc), Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan pegawai lantikan MYSTEP.

"Berdasarkan surat edaran yang dipanjangkan kepada semua Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, bantuan ini kita akan salurkan kepada penerima pada 25 April ini," katanya.

Jelasnya, bantuan tersebut selaras keputusan kerajaan persekutuan memberikan bantuan khas Aidilfitri bagi seluruh penjawat awam.

"Ini juga selaras keputusan negeri yang tidak membenarkan penjawat awam dan lantikan kerajaan dari menerima dana I-Fitri yang disasarkan kepada penduduk Terengganu yang layak," katanya.      


Tag: