• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Penutupan Jalan Sempena Kejohanan Merentas Desa

KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Laluan dari bulatan Pantai Teluk Ketapang sehingga persimpangan menghala ke Masjid Kampung Seberang Takir (kedua-dua hala) akan ditutup sementara Khamis ini bagi memberi laluan kepada Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan bagi acara tersebut bermula 6 pagi sehingga 12 tengahari.

Katanya, penutupan jalan tersebut akan dilakukan dengan kebenaran pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai tuan rumah untuk kejohanan yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai ini dan melibatkan 16 buah negeri bertempat di pesisir pantai Seberang Takir- Drawbridge.

“Acara kemuncaknya adalah pada 28 Julai seawal 7.45 pagi,” ujarnya.

Menurut beliau, kejohanan tersebut disertai oleh murid berkeperluan pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan kurang upaya pendengaran.