• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penyatuan Ummah Tugas Semua Termasuk Guru Quran

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Pengajar di seluruh peringkat diseru menjadi daie penyatuan masyarakat setempat dalam mencapai kemakmuran kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata guru Al-Quran menjadi individu penting dalam membawa kandungan pengajaran terhadap pelajar mereka. 

“Inisiatif yang disusun dalam usaha mengembalikan kegemilangan Al-Quran di negeri Terengganu di samping melahirkan figura dan pengajar yang mampan dan professional.

“Kita bukan sekadar menjadi pengajar namun turut menjadi penyampai akan isi Kitab Agung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Perasmian Kursus Pembangunan Professional Daie Al-Quran Terengganu (Siri 1.0) anjuran Akademi Didik Ulama’ Amilin Terengganu (DUAT) di Hotel Primula, di sini hari ini. 
 

Turut hadir Pengarah DUAT, Ramlan Mahmood dan timbalannya, Wan Zuki Wan Ismail.

Program dua hari tersebut disertai hampir 200 orang pengajar Al-Quran seluruh negeri sama ada bernaung bawah Yayasan Islam, Sekolah DAR serta persendirian.


Tag: