• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Penyelenggaraan Sistem Saliran Penyelesaian Masalah Banjir Di Besut

KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan program penyelenggaraan infrastruktur sistem saliran yang dilakukan secara berkala untuk penyelesaian jangka pendek bagi mencegah banjir berlaku di Daerah Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata,bagi tujuan perancangan jangka panjang beberapa kajian dalam pelaksanaan.

"Antara yang telah siap adalalah Kajian Pengurusan Lembangan Sungan Bersepadu (IRBM) Sungai (sg)Besut dimana telah siap pada tahun 2021, manakala dua kajian dalam pelaksanaan ialah Kajian Plean Induk Tebatan Banjir Sg Buaya Ikat di Kg Pelagat.

"Serta Kajian Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) Negeri Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab secara bertulis soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-24, di Wisma Darul Iman.

Katanya, dalam usaha mengatasi berlakunya masalah banjir di daerah berkenaan, kerajaan juga telah melaksanakan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kuala Besut dengan pelaksanaan RTB Sg Besut Fasa dua yang telah diangkat permohonannya dengan angggaran kos RM 60 juta.

 


Tag: