• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Penyerang Thailand Sertai Terengganu FC

KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Terengganu Football Club (TFC) harini mengumumkan penyertaan penyerang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn bagi menghadapi saingan bersama TFC musim 2023.

Adisak sebelum ini beraksi bersama kelab Muangthong United selaku kelab yang beraksi di liga utama Thailand menandatangani kontrak bersama TFC selama tempoh 2 tahun (1+1). 

TFC dalam satu kenyataan menyatakan bahawa dia akan mengisi kuota pemain asing Asean yang ditinggalkan oleh Manuel Ott.

"Adisak memutuskan untuk berhijrah dari liga Thailand bagi mendapatkan cabaran baru melihatkan saingan Liga Malaysia sebagai salah sebuah liga kompetitif di Asia Tenggara.

"Adisak bakal menyarung jersi bernombor 9 bersama Terengganu FC. Pemain yang mempunyai ketinggian 1.83m ini semestinya bakal memberi lebih variasi dalam jentera serangan pasukan ini," katanya.

Untuk rekod, beliau pernah menjuarai kejohanan ini bersama pasukan Thailand bagi tahun 2014 dan 2020 selain memenangi gelaran penjaring terbanyak bagi kejohanan ini untuk tahun
2018. 

 


Tag: