• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Penyertaan Dibuka Sekarang; Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu

Haji Musameh Jusoh.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal  Agama Terengganu (JHEAT) akan mengadakan Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Terengganu pada tahun 1440 hijrah bersamaan 2019 masihi.

Oleh itu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (dakwah), Haji Musameh Jusoh berkata, rakyat negeri ini yang berminat  dan memenuhi  syarat dipelawa menyertai majlis tersebut.

“Syarat yang ditetapkan ialah tahap pertama satu hingga 10 juzuk tarranum, tahap kedua 20 juzuk dan tahap ketiga 1 hingga 30 juzuk termasuk dua soalan tafsir.

“Pemohon samada lelaki ataupun perempuan  hendaklah secara umumnya rakyat Negeri Terengganu yang beragama Islam, permastautin dan pelajar serta kakitangan kerajaan atau swasta mestilah mendapat surat keizinan daripada majikan,” jelasnya.


Beliau menambah, peserta yang berhasrat menyertai majlis ini  tidak boleh mengambil bahagian  di negeri lain atau  peringkat kebangsaan.

Haji Musameh berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan JHEAT bertarikh 16 Oktober 2018.

Katanya, mana-mana individu yang telah berpindah ke negeri lain dalam tempoh tidak melebihi enam bulan juga  layak untuk menyertai majlis hafazan itu.

"Borang penyertaan boleh didapati daripada pejabat  JHEAT dan semua pejabat Agama Daerah serta boleh melayari dan memuat turun daripada laman web rasmi http:jheatweb.terengganu.gov.my.

“Semua borang permohonan  hendaklah dihantar selewat-lewatnya 14 November 2018, jam 1.00 tengahari.

“Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Jabatan Hal Ehwal Terengganu, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu, nombor telefon 09 -6252525,” jelasnya.


Tag: