• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PERANTAU Puji Keprihatinan Kerajaan Salur i-Perantau

KUALA TERENGGANU, 8 Mei – Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) merakamkan penghargaan buat kerajaan negeri atas pemberian khas bantuan ‘one-off’ buat perantau yang layak. 

Presiden PERANTAU, Dr Nuri Al Amin Endut berkata i-Perantau mendapat sambutan yang sangat baik oleh semua rakyat Terengganu di perantauan.

“i-Perantau ini mendapat sambutan yang sangat baik dan saya mendapat makluman bahawa permohonan yang diterima cukup banyak.

“Kita yakin kerajaan akan mengagihkan bajet khas ini kepada semua anak perantau yang layak serta memerlukan.

“Peruntukan ini sedikit sebanyak pastinya mampu meringankan beban rakyat Terengganu yang merantau,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Perantau anjuran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini baru-baru ini.

Beliau turut berkata majlis sambutan Aidilfitri peringkat PERANTAU akan diadakan di Serdang pada 15 Mei nanti. 

Turut hadir Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Haji Husain Awang dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan ‘one-off’ sebanyak RM1.5 juta bagi 5,000 ketua isi rumah yang berada di perantauan yang layak.


Tag: