• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Perdana Menteri Hadir RXZ Members 4.0

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan hadir merasmikan pembukaan Program 'RXZ Members 4.0' di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak pada esok.

Menurut kenyataan menerusi facebook rasmi RXZ Members, pemimpin nombor satu negara itu akan meluangkan masa bersama ahli kelab RXZ bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

"Insya-Allah Perdana Menteri akan membuat cabutan bertuah 'grand prize' sebuah motorsikal Yamaha RXZ untuk acara sebelah pagi.

"Manakala pada petangnya cabutan bertuahnya ialah sebuah motorsikal Yamaha R1 1000cc dan juga sebuah motorsikal Yamaha RXZ. Acara itu akan bermula pada jam 9 pagi sehingga 7.00 petang,"ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri ke program anjuran kerajaan negeri dan kelab permotoran RXZ itu.

"Dengan kehadiran Yang Amat Berhormat diharap akan memeriahkan lagi program tersebut dan menceriakan semua hadirin yang hadir," ujarnya menerusi suatu kenyataan.