• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Perdana Menteri Santuni Mangsa Banjir Kemaman

KEMAMAN, 22 Disember - Seramai 487 mangsa banjir disantuni Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Mentok.

Beliau yang  diiringi  Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, turut mengagihkan bantuan keperluan harian kepada 140 keluarga di PPS berkenaan.

Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk dari sekitar Tanjung Bukit Mentok Sejak pembukaan PPS tersebut pada 19 Disember, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim dan ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Menemubual seorang penerima, Ismail Mamat, 56, menyatakan perasaan terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia.

"Walaupun sudah lima hari berkampung disini bersama isteri dan dua anak tapi seronok dapat jumpa dan sempat bersembang tanya khabar dengannya," katanya yang juga seorang penghidap strok.