• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Perhimpunan Dakwah Dapat Sokongan Kerajaan - Mohd Nor Hamzah

Mohd Nor dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said bergambar bersama sebahagian urusetia Ijtima'.
MARANG, 27 Oktober - Kerajaan Terengganu mengalu-alukan program-program yang mendidik masyarakat tentang agama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan sentiasa menunjukkan kebersamaan dalam usaha dakwah.

"Kerajaan negeri mengucapkan penghargaan terhadap usaha yang menggerakkan masyarakat Muslim dengan suatu amalan yang baik untuk menyedarkan tentang kewajipan kita dalam agama," katanya ketika berkunjung ke Ijtima' Tabligh Zon Timur di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Marang, semalam.

Kerajaan negeri berharap usaha dakwah sentiasa berterusan.
Perhimpunan yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini dengan menyajikan pelbagai aktiviti seperti pengajian umum, kuliah dan tugasan kumpulan.

Ia merupakan perhimpunan besar bagi zon Timur dengan kehadiran lebih 10,000 peserta terdiri daripada pelajar, individu dan peserta dari luar negara iaitu Amerika Syarikat dan Arab Saudi.


Tag: