• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Perkampungan Nelayan Bakal Diwujudkan Di Merchang


Oleh: Khairan Mat Jusoh

MARANG, 25 Disember - Kerajaan negeri akan mendirikan satu penempatan khusus untuk nelayan di Pulau Ranggut, Merchang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan negeri akan menjadikan satu perkampungan tersusun dengan pelan perancangan yang lengkap khusus untuk nelayan di kawasan itu.

"Ianya untuk memastikan para nelayan mendapat perhatian sewajarnya dari sudut kebajikan. Kita beri ruang kebajikan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh berada di kawasan yang sepatutnya menjadi penempatan," jelasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi lawatan ke Pulau Ranggut, Merchang yang diketuai oleh Pengerusinya, Ustaz Ariffin Deraman baru-baru ini (20 Disember).

Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk memastikan muara sungai Merchang dibaiki dan dibina benteng pemecah ombak untuk memudahkan para nelayan melakukan urusan menangkap ikan di lautan yang merupakan sumber utama kepada mereka.

Justeru itu, katanya, setakat ini semua yang dirancang itu berada dalam garis yang dikehendaki. Kerajaan akan memastikan apa yang sedang dirancang dan disusun ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.


Dalam tumpuan sama, Sulaiman turut mengharapkan agar kerajaan memberi tumpuan, fokus yang lebih kepada pembangunan Pulau Ranggut dan kawasan sekitar. Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Anuar Awang.

Tag: