• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PERKESO Prihatin Terengganu Kesan Pencarum Meninggal Dunia

Oleh : Hibatul Jihadi

MARANG, 25 Mac - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak perlu menunggu waris atau majikan bagi mengesan maklumat pencarum sebaliknya melalui platform media sosial hasil perkosngsian orang ramai turut membantu bagi agensi itu untuk mengambil tindakan susulan.

Pegawai Skuad PERKESO Prihatin Terengganu, Farihah Che Husin berkata, ia sebagaimana hasil maklumat daripada perkongsian melalui laman media sosial facebook ‘ Rhu Rendang Sejahtera Official’ membabitkan kematian seorang lelaki di Rusila, Marang pada 17 Mac lalu membantu pihaknya mengambil tindakan proaktif.

Katanya, perkara itu membantu PERKESO bagi menyemak kelayakan dan mengesan waris kepada si mati.

 "Hasil daripada semakan dan siasatan oleh PERKESO, arwah Muhammad Sufian Fazlillah Mat Lazim, 32, merupakan pencarum aktif semenjak tahun 2010 sehingga Februari 2024 dan pekerjaan terakhir beliau adalah di sebuah syarikat kontraktor Telekom Malasyia, Berjasa Murni Trading.

"Daripada bayaran caruman tersebut, ianya melayakkan waris kepada arwah menuntut Faedah Pencen Penakat dari PERKESO," ujarnya ketika PERKESO hadir ke rumah pewaris, di sini, semalam.

 Turut hadir, Pegawai Khas Adun Rhu Rendang, Najmuddin Rani

Mengulas lebih lanjut katanya,Sufian yang berasal dari Taman Kalongan Mas, Kampung Rusila telah disahkan meninggal meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Pusat Kesihatan Daerah Marang akibat serangan jantung.

"Dia telah meninggalkan seorang balu, Nur Amirah Syafiqah Mohamad Isa, 25 tahun yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang.

"Dalam kes ini (kematian Muhammad Sufian Fazlillah ), pihak kami terus menyalurkan Faedah Pengurusan Mayat (Khairat Kematian) berjumlah Rm2000.00," ujarnya.