• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Permint Plywood Terima Kebenaran Beroperasi Dalam PPN Fasa 2

DUNGUN, 6 Julai - Anak syarikat kerajaan negeri, Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB),  menarik nafas lega apabila menerima kebenaran untuk beroperasi dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 bermula hari ini.

PPSB merupakan anak syarikat di bawah Golden Pharos Bhd, dalam pengeluaran venir, satu-satunya di Terengganu.

Dalam satu kenyataan, PPSB mula menghentikan operasi pada 30 Mei yang lalu bagi mematuhi arahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk "total lockdown" berkuatkkuasa pada 1 Jun di seluruh negara.

Pengurus Kanannya, Ahmad Bazli Razali berkata kebenaran untuk beroperasi membolehkan 80 peratus daripada kakitangan operasinya untuk memulakan kerja dan memproses venir.

"Ini memberi satu kelegaan buat syarikat kerana banyak urusniaga yang tergendala akhirnya dapat berjalan dengan kadar segera.

"Melalui kebenaran yang diterima ini dapat juga menjana pendapatan kepada syarikat," tambahnya.

Terdahulu, Terengganu merupakan salah satu daripada lima negeri yang berjaya keluar daripada PPN Fasa 1 setelah berjaya mematuhi segala tiga nilai ambang yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negeri.