• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Permintaan Tinggi Punca Gangguan Air Di KT

KUALA TERENGGANU, 22 Disember – Permintaan tinggi antara punca gangguan bekalan air di beberapa kawasan dalam daerah ini yang melibatkan tangki Bukit Kecil 2.

Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam satu kenyataan berkatalah, 15 kawasan didapati terkesan telah mencapai tahap maksima penggunaan daripada tangki terbabit.

“Sehubungan dengan itu, pihak SATU kini mengaktifkan sistem pengurusan tekanan secara serta merta agar bekalan air diterima secara berterusan di kawasan-kawasan terlibat dan mengurangkan impak gangguan bekalan.

“Pembekalan air secara berjadual telah dijalankan dan bekalan air alternatif menggunakan tangki statik yang mencukupi di kawasan-kawasan terbabit turut disediakan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Jelasnya, pihak SATU akan memaklumkan perkembangan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi kami seperti laman sesawang www.satuwater.com.my.

“Informasi terkini juga boleh didapati di aplikasi MySATU, Facebook, Instagram, Linkedin, atau hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," kata kenyataan itu.