• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Persatuan Ibu Tunggal Medium Bantu Rakyat



Oleh: Adli Mohamad

Persatuan Ibu Tunggal Bukit Besi yang dibentuk baru-baru ini adalah medium berkesan bagi mengurus kebajikan golongan itu.

Penolong Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Zakiah Alias berkata, persatuan ini berperanan mengendalikan segala agenda dan perancangan ibu-ibu tunggal di kawasan berkenaan.

“Melalui pembentukan Persatuan Ibu Tunggal Bukit Besi, segala bantuan dari kerajaan negeri akan disalurkan melalui persatuan ini yang akan berperanan sebagai jambatan menghubungkan di antara kerajaan negeri dan ahli persatuan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pertemuan Ibu Tunggal DUN Bukit Besi kali pertama yang dihadiri kira-kira 250 orang yang diadakan di Balairaya Bukit Besi, semalam.


Zakiah berkata, kehadiran yang ramai pada majlis tersebut menunjukkan ramai ibu tunggal yang memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan.

"Kehadiran yang ramai ini menunjukkan bahawa ibu tunggal menyokong hasrat kerajaan negeri bagi membela nasib mereka, dan ianya satu perkembangan positif,’ ujarnya.

Menurut beliau, segala bantuan dari kerajaan negeri akan dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga.

"Melalui Yayasan Pembangunan Keluarga inilah segala bentuk bantuan dari kerajaan negeri akan disalurkan.

Saya berharap agar peluang dan kesempatan yang ada ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu tunggal,” ujarnya.

Katanya, antara bentuk bantuan yang boleh dimohon termasuklah bantuan untuk memulakan perniagaan yang dikenali sebagi dana dari Program Jaya Diri.

“Malah, bantuan Kewangan RM 1,000 kepada ibu tunggal dan bapa tunggal yang berkahwin setiap seorang yang akan diberikan selepas tiga bulan berkahwin juga boleh dimohon,” ujarnya.

Tag: