• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Pertandingan Lembu Sado Jadi Acara Tahunan


KUALA TERENGGANU 11 November - Pameran dan pertandingan lembu sado bakal menjadi salah satu pengisian aktiviti tahunan dalam kalendar pertanian negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, program ini merupakan anjuran Persatuan Penternak Lembu Sado Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu.

"Sebanyak 53 ekor lembu dipertandingkan dalam kategori King of Sado, Queen of Sado, Prince of Sado dan Princes of Sado.

"Juara bagi kategori King dan Queen of Sado masing-masing akan menerima hadiah seekor lembu...bertanding lembu dapat hadiah lembu, barulah 'real' (betul) sungguh,"katanya dalam satu kenyataan dalam akaun 'facebook' milik beliau.

Pertandingan Lembu Sado Terengganu telah berlangsung di Pekarangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Manir, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, bukan hadiah yang jadi matlamat tetapi ini merupakan medan yang menghimpunkan para penternak yang berkongsi hobi serta minat yang sama dari seluruh negeri.


Tag: