• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Perumahan Baharu Bakal Dibina Di Telok Kalong, Kijal

KEMAMAN, 24 Oktober - Satu projek perumahan baharu  akan dibina diatas tanah kerajaan seluas 57.94 ekar di Kampung Teluk Kalong, Kijal.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, berkata projek perumahan rakyat tersebut bertepatan dengan janji Kerajaan PAS Terengganu dalam manifestonya semasa pilihanraya umum lepas.

Hazri Jusoh sedang berucap.

"Saya bagi pihak Pejabat Penyelaras DUN Kijal amat berbesar hati diatas cadangan pembinaan perumahan ini yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan Kijal dan sekitarnya.

"Selaras dengan ketetapan kerajaan negeri tempohari iaitu setiap individu yang berusia 21 tahun keatas yang berkelayakkan berhak memiliki sebuah rumah atau tapak rumah untuk keluarga mereka," katanya.s

Beliau juga berkata seramai 5,749 orang dalam senarai menunggu bagi permohonan rumah untuk DUN Kijal yang perlu disegerakan.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Perumahan, Nor Sophia Azura Mohd Husin ketika sesi taklimat itu berkata setiap pemohon hendaklah mengemaskini maklumat didalam sistem e-perumahan Terengganu versi tiga yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Nor Sophia Azura Mohd Husin (depan) ketika sesi taklimat.

"Kepada semua pemohon yang telah mendaftar di laman web e-perumahan versi satu dan dua, mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing di e-perumahan versi tiga sebelum 31 Disember 2021," katanya.

Hazri dengan kerjasama Pejabat Tanah Kemaman menawarkan beberapa lagi kawasan untuk dimajukan dengan Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu di Kampung Bukit Takal, Kampung Mentauh dan di Kampung Seri Bandi.

Sebanyak 583 unit RMM dan bercampur di Kampung Teluk Kalong telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan amanah diberikan kepada pemaju perumahan iaitu syarikat Arus Juta Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek berkenaan.