• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

Peruntukan Kecemasan Tangani Hakisan Pengkalan Maras

SETIU, 27 November - Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM800 ribu bagi menangani hakisan pantai yang semakin kritikal di Pengkalan Maras.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, berkata kelulusan peruntukan kecemasan itu memberi sedikit kelegaan kepada penduduk di sana.

"Pemakluman Menteri KASA kepada saya seusai sesi penggulungan untuk meluluskan peruntukan darurat yang bernilai RM800 ribu bagi menyelesaikan masalah hakisan tersebut amatlah melegakan penduduk setempat.

"Ini jelas menzahirkan Kerajaan amat prihatin akan keperluan rakyat dengan segera meluluskan peruntukan darurat," katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan.

Pada Isnin yang lalu, beliau sekali lagi membangkitkan isu hakisan tersebut dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021.

"Saya sekali lagi memanjangkan kebimbangan rakyat di parlimen Setiu berkenaan hakisan yang semakin kritikal di Pengkalan Maras kepada Menteri KASA

"Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha Kerajaan yang telah mengambil langkah proaktif dalam membantu rakyat," tambah beliau lagi 

 


Tag: