• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Peruntukan RM2.5 Juta Fokus Pembangunan Belia

KUALA TERENGGANU, 17 Jun – Kerajaan negeri melancarkan penubuhan Akademi Kepimpinan Al-Fateh bagi melahirkan generasi belia dan beliawanis Terengganu yang seimbang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penubuhan itu selari dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030) dan pembangunan insan.

“Modul ini telahpun dinyatakan beberapa kali dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang menajdi hasrat besar kepada kerajaan negeri bagi melahirkan generasi belia dan beliawanis Terengganu sehebat Al-Fateh yang lahir ratusan tahun dahulu.

 “Program yang bakal diadakan ini bakal menyediakan para belia kita dalam mendepani cabaran semasa yang hebat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Al-Fateh dan Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) di Taman Tamadun Islam, di sini semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan Undi 18 menjadi tanggungjawab pemerintah mendidik serta memberi pendedahan kepada anak muda berkenaan amalan demokrasi negara.

KIAM mensasarkan penyertaan seramai 3,200 golongan belia dari 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri berumur 18 sehingga 25 tahun.

Turut hadir Pengurus Al -Fateh Terengganu Sdn bhd, Ahmad Mukrim Adnan serta Pengarah Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood.

Terdahulu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta melaui bajet 2022 menfokuskan kepimpinan, pendidikan serta ekonomi belia Terengganu.


Tag: