• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pesanan Terakhir Mangsa Tragedi Jeram Mawar 'Tunggu Azizah Pulang'

KUALA TERENGGANU, 5 Julai - ibu kepada Allahyarham Azizah Eiyi, mangsa tragedi kepada air di Jeram Air Putih, Halimah Kasim, 63,  berkata pesanan terakhir anaknya itu agar menunggu kepulangannya masih menghantui dirinya sehingga saat ini.

Menurut Halimah arwah anaknya sekeluarga sempat singgah di rumahnya di Felda Lepar Hilir 3, sebelum bertolak puang ke kawasan perkelahan itu namun tidak menyangka itu merupakan detik terakhir pertemuan dan takdir telah merubah segalanya-galannya dalam sekelip mata.

"Waktu itu mereka ada pelawa saya untuk ikut bersama tetapi terpaksa menolak kerana tidak dapat sertai mereka yang bercadang untuk bermalam.

"Tambahan pula suami (Elyi Johari,60) pula bekerja dan ketika mereka bertolak itu, dia tidak ada di rumah," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada semalam.

Tambahnya, dia teringat permintaan Allahyarham anaknya agar menunggu kepulangan mereka sekeluarga dan tidak menyangka itu menjadi ungkapan terakhir namun reda dengan ketentuan Allah adalah lebih baik mengatasi perancangan manusia.

Ujarnya lagi, Azizah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara ketika bertemu kali terakhir.

"Seminggu sebelum ini Azizah dan anak-anaknya jarang datang ke rumah. Kalau tidak, boleh dikatakan setiap hari mereka datang, pagi dan petang kerana cucu-cucu sangat suka datang ke rumah untuk bermain di sini,"katanya.

Sementara itu menurut kakak ipar mangsa, Rosilawati Kassim sejak hari pertama mengetahui tragedi yang meragut anak menantu serta cucu-cucunya emaknya itu tidak berhenti menanggis.

"Apa yang berlaku adalah satu kehilangan besar buat kami sekeluarga, kali terakhir bertemu (arwah adik ipar) dua minggu lalu dan tidak sempat bertemu pada Aidiladha,"ujarnya.

 

 


Tag: