• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Pesuruhjaya Pas Terengganu Positif COVID-19

KUALA TERENGGANU, 24 Januari - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang telah disahkan positif COVID-19 pada hari semalam.

Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Muhyidin Abdul Rashid memaklumkan, walau bagaimanapun kondisi beliau masih sihat tanpa sebarang gejala dan kini sedang ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan lebih lanjut.

"Dukacita dimaklumkan, Senator Dato' Husain Awang, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah disahkan positif Covid-19 hari ini. 

"Marilah bersama kita berdoa agar beliau dilindungi Allah serta dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.