• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PETRONAS Sumbang RM400 Ribu Misi Bantuan Banjir Di Terengganu Dan Kelantan

KEMAMAN, 3 Mac - PETRONAS menyerahkan sumbangan bernilai RM400,000 bagi menggerakkan misi bantuan kepada mangsa banjir di lapan daerah di Terengganu dan Kelantan. 

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli, berkata pihaknya sentiasa prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir yang terjejas dan berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terlibat.

“Sumbangan kepada 1,500 keluarga mangsa banjir itu disampaikan melalui Pejabat Daerah di Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Besut, Kuala Nerus, Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah. 

“Setiap keluarga terpilih, menerima sumbangan bernilai RM 200 berupa bekalan makanan asas, kit penjagaan dan kebersihan diri serta “Mesra Gift Card” untuk pembelian keperluan di stesen minyak PETRONAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam masa yang sama,  PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) turut menyediakan perkhidmatan pengisian bahan api mudah alih melalui kenderaan minyak bergerak (ROVR) yang ditempatkan di lokasi operasi menyelamat

“Perkhidmatan ini Sebagai usaha membantu operasi menyelamat yang dilakukan oleh pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Pada Disember lalu, PETRONAS mengumumkan komitmen sebanyak RM25 juta sebagai bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat  di seluruh negara.

.