• 26 Okt 2020 | 9 Rabiul Awal 1442

PKM Dan SCAM Agih Juadah Berbuka Kepada Warga Emas

HULU TERENGGANU, 3 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Manir bersama Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCAM )telah mengadakan program agihan juadah berbuka kepada warga emas terpilih bersempena bulan Ramadan kali ini.

Agihan juadah itu diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir Ustaz Shuqiman Tahar bersama Ahli Jawatankuasa SCAM, Jusoh Mohamad, serta empat wakil SCAM yang turut hadir bersama-sama dalam program tersebut.

Menurut Ustaz Shuqiman, edaran juadah berbuka kepada warga emas ini sebagai tanda kebersamaan serta ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama mereka.

"Di bulan yang mulia ini, menjadi tanggungjawab membantu orang yang memerlukan.

"Program agihan seumpama ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan disamping sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf serta golongan yang memerlukan di sekitar DUN Manir," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan semalam.

Sebahagian edaran juadah tersebut disempurnakan oleh Adun Manir, Hilmi Harun kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk diagihkan kepada warga emas yang telah dikenalpasti.

Lebih 70 bungkus nasi beriani dan kurma telah berjaya diedarkan dalam lanjutan siri pertama yang diadakan minggu lepas.


Tag: