• 01 Dis 2021 | 25 Rabiul Akhir 1443

PKM Rhu Rendang Tanggung Pengurusan Jenazah Mangsa Lemas

MARANG, 27 Disember - Pusat Khidmat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang akan menanggung kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah mangsa lemas, Naim Hariri  Kamaruddin, 31 seperti dipersetujui oleh keluarga arwah.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya telah berbincang dan berurusan dengan keluarga mangsa untuk membantu serta memudahkan urusan pengembumian jenazah.

"'Van jenazah telah disediakan dan kita hanya menunggu keputusan daripada hospital melibatkan prosedur kematian, ketika musim Covid-19," katanya kepada UPDI hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat bakal pengantin yang lemas pada Jumaat lalu dijumpai terdampar di pesisir pantai pada jam 8.55 pagi ini.

"Mayat mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dijumpai oleh saya sendiri bersama-sama empat orang lagi anggota penyelamat ketika melakukan rondaan awal pagi ini," jelasnya.

Menurutnya lagi, keluarga mangsa telah membuat pengecaman berdasarkan beberapa identiti dan mengesahkan mayat yang masih berada dalam keadaan sempurna itu adalah Naim.

"Mayat mangsa akan dibawa terus ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk siasatan seterusnya," tambah beliau.

Kira-kira jam 6.40 petang, jumaat lalu, mangsa dikatakan ditarik ombak ketika mandi seorang diri.

Operasi mencari dan penyelamat yang berlangsung selama tiga hari dianggotai oleh lebih 60 orang petugas itu ditamatkan pada jam 11.00 pagi ini.

 

 


Tag: