• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

PKPB Di Terengganu Tamat Esok

KUALA TERENGGANU, 20 November - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Terengganu akan ditamatkan bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, 
penamatan itu bukan bermakna Terengganu bebas sepenuhnya.

"Negeri-negeri ditamatkan PKPB masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Rujuk kembali prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada 15 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri bagi memohon pelaksanaan PKPB di seluruh Terengganu itu ditamatkan lebih awal.

Mengulas lanjut Ahmad Samsuri memaklumkan, usaha itu tidak terhenti setakat itu apabila pada beberapa hari selepas itu beliau sekali lagi mengutarakan kedudukan terkini COVID-19 di Terengganu.

“Saya juga memberi alasan kenapa PKPB dapat ditamatkan lebih awal daripada jadual asal dalam Mesyuarat MKN secara atas talian yang dipengerusikan Perdana Menteri dari pejabat beliau," jelasnya.


Tag: