• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PKPD Di Mukim Manir Dan Telok Kalong Tamat Esok

KUALA TERENGGANU, 17 Ogos- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Manir,  Kuala Terengganu ditamatkan mengikut jadual, esok.

Menurut kenyataan rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, pada 5 Ogos lalu, polis menutup lapan jalan utama dan mengenakan satu sekatan jalan raya (SJR) di Mukim Manir bagi mengawal pergerakan keluar dan masuk kenderaan di kawasan PKPD itu.

Sementara itu, MKN turut memaklumkan, PKPD yang dikuatkuasakan di dua lokaliti di Bukit Kuang, Mukim Telok Kalong, Kemaman dalam tempoh yang sama iaitu dari 5 Ogos hingga 18 Ogos turut ditamatkan seperti dijadualkan.

"Ia melibatkan Taman Rakyat Bestari Fasa 1–4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 dan 2," ujar kenyataan tersebut.