• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

PKRC Stadium Negeri Tempatkan 400 Pesakit COVID-19

KUALA TERENGGANU, 22 Ogos - Kerajaan Terengganu bersetuju menjadikan Stadium Negeri sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang akan menempatkan 400 pesakit COVID-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata kerja-kerja meningkatkan keupayaan infrastruktur sedang giat dilakukan untuk memberi keselesaan kepada mereka yang terlibat. 

"Apabila pusat ini beroperasi, PKRC di Asrama Jururawat akan ditutup memandangkan di sini agak selesa," katanya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang ditemui wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas meninjau kerja-kerja persiapan di Stadium Negeri Kuala Terengganu di sini yang dijangka akan beroperasi pada hari Selasa ini. 

Hadir sama, Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) merangkap Ketua Operasi PKRC tersebut, Dr. Ahmad Fadhli Sakri, Pegawai Khas ADUN Ladang, Mohd Zaim Azfar serta Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) , Umbaidah Tengah.

Dalam kunjungan tersebut beliau turut menyampaikan pek makan tengah hari kepada mereka yang sedang melakukan kerja-kerja persiapan tersebut. 

"Sumbangan ini adalah tanda penghargaan dan keterujaan diatas 'kerjasama ' semua terutamanya 'frontliners' kesihatan dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini," ujarnya lagi.


Tag: