• 11 Mei 2024 | 3 Zulkaedah 1445

PM Akui Bantuan Banjir Persekutuan Lewat Disalur

KUALA NERUS, 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa bantuan banjir Persekutuan melibatkan beberapa kawasan di Terengganu lewat disalurkan.

Anwar berkata, beliau mengambil sikap terbuka dan mendengar dengan teliti terhadap pandangan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar agar hubungan Negeri dan Persekutuan menjadi lebih baik.

“Saya tahu berlaku kelewatan pengagihan bantuan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jadi saya mintak Nadma perhalusi segera,” katanya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata sekiranya berlaku kecapikan dalam hubungan antara sesama manusia pun, masyarakatlah yang merana.

“Apatah lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, yang sudah pasti akan mewujudkan suasana bingar, dan rakyatlah yang akan menanggung akibat dan sengsaranya.

“Rakyat di luar sana mengeluh dan mendengus, kerana keperluan serta kemahuan mereka adalah jelas iaitu mahukan penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka,” ujarnya.

 

 

 

 


Tag: