• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PM Promosi Nasi Dagang Terengganu Di PWTC




Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tertarik untuk singgah bagi menghidangkan nasi dagang dan keropok lekor kepada tetamu, di Gerai Terengganu sempena sambutan Hari Raya UMNO Malaysia, di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) memberitahu, Presiden UMNO itu tiba di gerai UMNO Terengganu kira-kira jam 12 tengahari dan sempat mengagihkan nasi dagang kepada pengunjung termasuk Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.


Turut sama mengiringi Mohd Najib ialah Pemangku Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussien (Menteri Pertahanan dan Tugas-Tugas Khas).


Tag: