• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pokok Tumbang, Tindakan Awal Telah Diambil

KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Kejadian pokok tumbang di pesisir Pantai Batu Buruk yang mengusarkan ramai pihak telah diberikan perhatian sewajarnya.

Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohamad Umbaidah Tengah berkata, tindakan awal telah diambil dengan mengadakan operasi mencantas pokok secara bersepadu.

"Kita telah menjalankan operasi mencantas pokok di persisir Pantai Batu Buruk ini sebanyak dua kali pada tahun ini.

"Penilaian risiko telah dijalankan bagi memastikan pengguna laluan pesisir pantai tersebut berada dalam keadaan yang selamat," ujarnya.

Tambah Umbaidah, kejadian yang menimpa pagar Hospital Sultanah Nur Zahirah berada diluar jangkaan kerana angin yang terlalu kuat.

"Kita akan berusaha untuk menyegerakan peruntukan bagi menyelesaikan masalah ini, insya-Allah selepas peruntukan diperoleh, tindakan segera akan diambil terhadap keadaan pokok-pokok lain. 

"Kita berharap pengguna dapat berhati-hati apabila berada dikawasan sekitar terutamanya ketika musim hujan lebat dan angin kencang," jelasnya.


Tag: