• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Polis Nafi Dakwaan Kes Culik Pelajar di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 September -  Polis menepis dakwaan kononnya kes penculikan melibatkan pelajar sekolah di Terengganu sering berlaku ketika ini.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, penafian itu dibuat kerana sehingga hari ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam dan pihak sekolah mengenai insiden tersebut.

“Oleh itu, saya meminta agar masyarakat bertenang dan pihak sekolah sentiasa berhubung dengan pihak polis sekiranya ada apa-apa berkait isu keselamatan.

“Berhubung dengan Ketua Polis Daerah atau Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) masing-masing bagi mendapatkan situasi semasa,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rohaimi menggesa agar pihak sekolah tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang akan menimbulkan  kerisauan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Bagaimanapun, pihak polis akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memberikan meklumat terkini dan meningkatkan dari segi rondaan di kawasan sekolah-sekolah terutamanya pada waktu tamat sesi persekolahan,” tegasnya.
 


Tag: