• 27 Sept 2021 | 19 Safar 1443

MARANG, 23 Oktober - Pucut dicita ulam mendatang, itulah perumpamaan yang dapat dikatakan kepada penduduk Kampung Mak Kemas, Bukit Payong apabila mendapat sumbangan berupa pondoh berteduh daripada Mohd Nor Hamzah.

Pondok yang diperbuat daripada kayu itu telah siap dibina dan diletakkan di tempat parking perkarangan masjid Kampung Mak Kemas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata, walaupun pondok berteduh ini hanya diperbuat daripada kayu tetapi ia cukup untuk menjadi tempat berteduh daripada panas dan hujan.

"Pondok ini sudah cukup untuk mendapat perlindungan sementara ketika panas dan hujan, selain penduduk juga dapat berbual dan beramah mesra bersama masyarakat.

"Ukiran yang terdapat pada pondok itu juga menunjukkan kesenian Islam dan kemajuan pada sejarah terdahulu," ucap beliau ketika membuat kunjungan ke pondok itu kelmarin.


Tag: