• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Poster Festival Layang-Layang Antarabangsa Palsu

KUALA TERENGGANU, 28 September – Kerajaan negeri menafikan sebarang poster berkaitan dengan Festival Layang-Layang Antarabangsa yang diadakan di Terengganu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pihaknya tiada maklumat berkenaan dengan festival yang tular di media sosial tersebut.

“Kami juga telah dimaklumkan oleh penganjur bahawa festival tersebut tidak akan diadakan pada tahun ini.

“Mungkin ada individu yang tidak bertanggungjawab atau pun silap dalam menyebarkan poster tersebut," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sidang Media dan Penyerahan Penajaan Mount Tebu Climbathon Challenge bertempat di Bilik Rehat Khas Aras Bawah, Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tambah Ariffin Deraman, sebarang hebahan berkaitan program di bawah kerajaan negeri boleh diketahui melalui saluran yang betul seperti Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).


Tag: