• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Potong Paip Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya

KEMAMAN, 26 November - Beberapa batang paip dipotong di laluan susur keluar Jambatan Bukit Kuang di sini dipotong bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada dalam keadaan baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, kerja keras pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Jabatan Bomba & Penyelamat Kemaman, Roadcare dan semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku itu sangat dihargai.

"Alhamdulillah, hari ini kita dapat memotong paip yang dikatakan tersumbat akibat daripada pembuangan sisa-sisa makanan, pasir dan sebagainya menyebabkan air bertakung di atas jalan.

"Insya-Allah selepas daripada ini jika berlaku hujan lebat, air di atas jalan tidak akan bertakung lagi dan keselamatan pengguna jalan raya di sini akan terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai memotong empat batang paip oleh pekerja Roadcare dengan menggunakan jentera bomba.


Tag: