• 09 Okt 2024 | 06 Rabiul Akhir 1446

PPS Pasir Raja Catat 177 Mangsa Banjir

Oleh: Amiruddin Zamri


DUNGUN,18 Disember- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pasir Raja meningkat daripada 29 orang ke 117 orang mangsa banjir menjadikan 64 buah keluarga setakat tengah hari tadi. 

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Haji Ghazali Sulaiman berkata, penduduk kampung memaklumkan paras air sungai Pasir Raja telah naik seawal jam 6 pagi dan proses pemindahan berjalan dengan lancar setakat tengah hari ini. 

“Kampung Shukur juga antara yang terkesan dan pusat pemindahan sementara mula dibuka pagi ini melibatkan mangsa banjir seramai 60 orang menjadikan 18 buah keluarga.

 

Mangda banjir, Nik Shelina Binti Awang 51, berkata hujan renyai-renyai bermula seawal jam 2 pagi.

"Sebahagian keluarga kami yang mula berpindah dan sebahagiannya lagi menetap di rumah tingkat atas. 

"Air mula memasuki bahagian dapur rumah kira- kita jam 4 pagi dengan ketinggian sekaki.

"Diangka ianya adalah permulaan kerana pada tahun lepas rumah yang didiami dinaiki air sehingga 7 kali pada musim banjir tahun lepas," katanya 

Mangsa lain, Tengku Feah Jali 74,  semasa kejadian anaknya menyedari air sudah memasuki dapur dan tindakan pantas dapat diambil dengan memindahkan barangan terus ke tingkat atas rumahnya. 

“Kami sekeluarga sentiasa mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan mengumpulkan barang-barang dapur ke dalam bekas kolam plastik bersaiz 5 kaki persegi.’’ Katanya yang
merupakan pesakit kanser usus dan tinggal bersama anaknya.

Seorang lagi mangsa banjir, Tengku Roslina Arifin 46, Ibu tunggal kepada 2 orang anak ini antara yang terkesan dengan banjir yang kini menetap di PPS Pasir Raja 

"Barang-barang rumah, kami sudah letakkan di tempat yang tinggi, jadi buat masa ini kami akan menetap di sini bergantung kepada keadaan semasa, " katanya 

Sementara itu, bacaan Sungai Dungun di Pasir Raja meningkat kepada 38.28(m) daripada 36.50(m) diatas paras bahaya setakat jam 1:30 petang, menurut sumber daripada Www.publicinfobanjir.water.gov.my.


Tag: