• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PPTS Teres Lebih Menjimatkan - Hazri

KEMAMAN, 27 Januari - "Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dalam bentuk teres lebih praktikal dan menjimatkan ruang," kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh.

Katanya, sebelum ini beliau pernah mencadangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kemaman agar rumah terbabit dibina dalam bentuk sedemikian memandangkan permintaan terhadap rumah  PPTS yang agak mendesak.

Hazri Jusoh sedang berucap.

Hazri berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Rumah PPTS kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Titian Berayun kelmarin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat walaupun ianya mengambil masa yang agak lama.

"Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri menerusi Tabung Darul Iman (TDI), Pejabat Daerah Kemaman, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kijal bahagian kemasyarakatan dan JPKK kerana berjaya menyiapkan rumah ini walaupun banyak kekangan di musim pandemik ini," ucapnya lagi.

Kuntom Mohamad (duduk) menerima kunci rumah PPTS.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengawai Daerah, Tuan Sharifah Khairuzita Tuan Khecil, Penolong Jurutera Pejabat Daerah, Khairul Hisham Endut dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zabidin Awang serta Pengerusi JPKK yang terlibat.


Tag: