• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Presiden PAS Dibenar Keluar IJN, Berkuliah Dhuha Esok

MARANG, 15 Julai - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah pulih daripada masalah kesihatan.

Anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ayahnya selamat tiba di rumah di Rusila dan akan berkuliah Dhuha secara atas talian seperti biasa pagi esok.

“Alhamdulillah, untuk makluman semua ayahanda saya, Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari IJN dan selamat tiba di rumah hari ini.

“Beliau sekarang dalam keadaan yang cukup sihat dan insya-Allah esok akan berkuliah Dhuha seperti biasa,” katanya ketika dihubungi UPDI hari ini.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu, beliau dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan ayahnya.

“Semoga Allah memberkati kebaikan semua,” ujarnya.


Tag: