• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Presiden PAS Santuni Mangsa Banjir di Paka

DUNGUN, 20 Disember - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS) Dewan Sivik Paka, Paka hari ini. 

Beliau yang bergegas pulang daripada Sidang Dewan Rakyat menitipkan doa dan semangat buat rakyat yang terjejas terutamanya di Terengganu dan Kelantan. 

“Ahli-ahli parlimen PAS akan terus segera balik ke kawasan masing-masing untuk berikan sepenuh perhatian kepada rakyat.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah buat keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh tempoh hari,” katanya. 
 

Turut hadir Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik. 

Dewan Sivik Paka mula beroperasi pada 19 Disember jam 8 pagi menempatkan seramai 229 mangsa daripada 61 buah keluarga. 

Setakat jam 2 petang di Dungun, sebanyak 36 buah pps telah dibuka melibatkan 2,970 orang mangsa.


Tag: