• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Saingan Guru Dan Anak Didik Di Telemong, Bakal Sengit

HULU TERENGGANU, 29 Julai - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 antara guru dan anak didik dalam politik.

Calon PAS, Zawawi Ismail, yang merupakan bekas ADUN Kuala Berang akan berhadapan penyandang empat penggal dari UMNO iaitu Datuk Rozi Mamat.

Rozi tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Telemong pada jam 8.50 pagi manakala Zawawi, tiba pada jam 9 pagi bagi proses penamaan calon PRU DUN.

Kehadiran Zawawi turut diiringi lebih 200 penyokongnya.

DUN Telemong  mempunyai  21,480 pengundi, yang  akan menunaikan tanggungjawab mereka di PRN 15 nanti.