• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Program Informasi Pertanian Bandar Galak Masyarakat Berkebun

KUALA TERENGGANU, 16 September - Program Informasi Pertanian Bandar yang dilaksanakan di Masjid Gong Tok Nasek pada hari Ahad lepas mampu menggalakkan penyertaan lebih ramai penduduk Bandar dan luar Bandar dalam aktiviti itu.

Timbalan Pengerusi Masjid Gong Tok Nasek, Ustaz Soleh Jusoh berkata, inisiatif Biro Helwani Masjid tersebut merupakan platform  terbaik untuk menerapkan ilmu pertanian kepada masyarakat.

“Ini sebagai medium penting bagi memberi pendedahan kepada semua orang tentang kaedah yang betul untuk bertani terutama bertani di kawasan rumah dalam skala yang kecil.

“Rata-rata hadirin yang hadir menunjukkan minat bertani yang mendalam dengan pelbagai soalan yang diajukan sepanjang program berlangsung.

“Tidak kurang juga masing-masing mengambil peluang mendapatkan air baja, baja dan anak benih yang dijual oleh usahawan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT),” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya lagi, pihak masjid sentiasa mengalu-alukan kehadiran JPNT  dan agensi lain untuk mengadakan program seumpama itu pada masa akan datang.

“Sudah tentu kita membuka tangan seluas-luasnya kepada semua pihak umtuk mengadakan aktiviti seperti ini.

“Melalui program ini, ramai masyarakat menjadi lebih celik dan terbuka terhadap bidamh pertanian Bandar  sekali gus mampu memberi pendapatan tambahan kepada mereka selain mampu memanfaatkan masa dan tanah yang meraka ada.

“Dalam masa yang sama dalam aktiviti pertanian ini boleh mengurangkan penggantungan kepada bekalan makanan yang diimport,” tambah beliau.
 

 


Tag: