• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Program Jom Hiking Aktifkan Gaya Hidup Sihat

Gambar: Afiq Fahmi

DUNGUN, 10 Oktober - Program Jom Hiking yang diadakan sempena Hari Sukan Negara 2021 adalah untuk mengaktifkan komuniti mengamalkan gaya hidup sihat dan bebas dadah. 

Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun, Aidawani  Ismail berkata, di samping itu ia menggalakkan amalan kecergasan dan berekreasi sebagai gaya hidup. 

"Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program  yang diadakan di Taman Rekreasi Bukit Chatak 2 yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli," katanya ketika dihubungi. 

Program tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai AADK Dungun, Yusri Mohd.

"Peserta-peserta adalah terdiri daripada  Skuad Anti Dadah Dungun, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Chatak Tengah, Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Zon Jerangau/Sura, Majlis Belia Dungun dan kakitangan AADK Dungun," ujarnya lagi. 


Tag: