• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Program PROSPEK KETENGAH Manfaatkan Lebih 3 Ribu Penduduk

DUNGUN, 29 Ogos – Lebih 3,000 penduduk menerima manfaat dibawah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) 

Pengurus Besar Ketengah, Dato' Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, berkata ia merupakan projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang memfokuskan perkampungan sedia ada dalam membangunkan ekonomi, insfastruktur dan modal insan.

“Komponen PROSPEK di KETENGAH ialah ternakan, ekonomi, perumahan, prasarana asas, pelancongan dan modal insan.

“Kampung yang terbabit ialah Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengal, Kampung Minda dan Kampung Talong yang telahpun memberi manfaat kepada seramai 3,018 orang penduduk,”katanya kepada pemberita ketika merasmikan Program Keluarga Malaysia Kampung PROSPEK Wilayah KETENGAH di Dataran Kejat, Kampung Pasir Raja baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah dan Wilayah, KPLB, Tarmizi  Ab Rahman.

Dalam masa yang sama, Tengku Ahmad Nadzri turut menyampaikan bantuan premis perniagaan (IKS) dengan peruntukan berjumlah RM150,000 kepada 30 orang penerima (RM5,000 seorang) dan seramai tujuh orang penduduk melalui  Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan sebanyak RM392,000.