• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Program ‘Ziarah Kasih’ Dekati Golongan Memerlukan

HULU TERENGGANU, 24 September - Program ‘Ziarah Kasih’ anjuran Skuad Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat PKM bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun menjadi langkah proaktif yang diambil bagi mendekati golongan yang memerlukan dengan lebih dekat.

Hilmi berkata, kunjungan Skuad kebajikan PKM sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi menziarahi pesakit yang terlantar sakit dan sebagainya.


Tambahnya lagi, kunjungan tersebut untuk bertanya khabar mengenai kesihatan pesakit dan dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga mereka.

“Tiap-tiap minggu, dihari terluang, kita akan pergi ke beberapa buah rumah sasaran dimana kita akan menziarahi pesakit-pesakit, warga emas, sakit ditimpa bencana atau lain-lain penyakit yang menimpa dalam masa terdekat.

“Selalunya kita ambil tiga atau empat buah rumah melalui nama-nama yang telah dijadualkan Skuad Kebajikan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media setelah selesai mengziarahi 2 buah rumah warganya dikampung Pulau Bahagia dan Tualang yang turut dihadiri Jawatankuasa Kebajikan PKM Abdul Kadir Abdullah pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Skuad Kebajikan PKM, Encik Rozali Mamat berkata, Kebajikan PKM turut mensasarkan sebanyak 80 peratus masalah rakyat dapat diselesaikan.

Tambah beliau, menurutnya juga pada kunjungan itu skuad tersebut turut memberi sedikit buah tangan dan saguhati bagi membolehkan mereka membeli keperluan perubatan. 

“Kalau ada warga emas atau pesakit terlantar, ada di antara mereka yang tak tahu nak minta bantuan macam mana, jadi kita ambil butiran mereka untuk mintak bantuan agensi kebajikan kerajaan dan buat tindakan susulan.

“Sekiranya kita dapati ada rumah yang terlalu uzur dalam lawatan tersebut juga, kita akan usahakan untuk membantu dibawah peruntukan ADUN,” tambah beliau.

“Dengan program ini, kebajikan dan Wakil Rakyat Manir akan sentiasa dekat bersama-sama rakyat.” Katanya lagi.