• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Proses Bina Tapak Parkir Masjid Gong Tok Nasek Dimulakan

KUALA TERENGGANU, 14 Mac – Pembinaan tapak parkir Masjid Gong Tok Nasek (MGTN) telah dimulakan pada semalam dengan kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut.

Pembinaan tapak parkir berkeluasan setengah ekar itu dibuat bagi menyelesaikan isu parkir di masjid tersebut yang terhad dan kos pembinaan akan dibiayai melalui hasil sumbangan orang ramai dengan anggaran RM30,000.  

Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menyelesaikan pembayaran pengambilan tanah kepada penduduk yang terlibat. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah meluluskan pengambilan tanah bagi pembinaan ini dan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Harapan saya agar ianya dapat memberikan keselesaan dan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat bagi sama-sama hadir mengimarahkan lagi masjid ini,” kata Pengerusi MGTN, Ustaz Mohd Soud Said kepada pemberita.

Pengerusi MGTN, Ustaz Mohd Soud Said

Menurut beliau lagi, kerja-kerja pembinaan tersebut dijangka akan memakan masa selama 2 minggu. 

“Insya-Allah, pembinaan ini dapat memberikan manfaat kepada jemaah masjid khususnya menjelang ketibaan bulan Ramadan nanti yang kebiasaannya akan menjadi tumpuan penduduk setempat,” tambahnya.