• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

PRU14 : BN Gempur Sura, Paka



Berita oleh : Izzuan Ahmad

Dua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Ini dilihat kepada pola pemikiran rakyat yang mahukan kepada perubahan dan pembangunan untuk kesenangan mereka di masa hadapan apabila kedua - dua kerusi tersebut yang dipegang oleh parti Pas dilihat sebagai tidak membawa kepada perubahan kepada rakyat .

Meskipun kedua-dua kerusi tersebut berada di tangan pembangkang, Barisan Nasional  dilihat tidak memilih bulu dalam menyalurkan bantuan melalui Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik oleh kerajaan negeri  untuk membela dan membawa kemajuan kepada penduduk.

Pengumuman dua muka baru untuk bertanding di dua kawasan tersebut kali ini dilihat sebagai satu percaturan yang tepat oleh Pengerusi BN Negeri kerana kedua - dua calon mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan apa yang menariknya, pada pemilihan ini buat kali pertamanya BN telah meletakkan calon  wanita akan  untuk bertanding di DUN Sura.



Bagi calon N28, DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman, pemilihannya sebagai calon pada kali ini dilihat sebagai satu kepercayaan parti kepadanya untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.

Beliau yang merupakan Pegawai Penyelaras UMNO DUN Paka mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang politik.

Tengku Hamzah berkata, pemilihannya sebagai calon pada kali ini merupakan suatu kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan tertinggi parti untuk membawa perubahan di kawasan Paka.

"Pas dilihat tidak membawa sebarang perubahan dan pembangunan di kawasan Paka dan semua yang dinikmati oleh rakyat sekarang adalah usaha dari Kerajaan BN yang turun sendiri mendengar permasalahan dan merealisasikan pembangunan untuk rakyat.

"Kami (BN) akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan ianya terbukti selama 60 tahun memegang tampuk pemerintahan negara " katanya.



Sementara itu, calon tunggal wanita bagi DUN Sura (N27), Datuk Zainun Abu Bakar ketika ditemui berkata, pemilihannya pada pilihanraya kali ini merupakan satu tanggungjawab yang besar perlu di pikul dalam melastarikan pembangunan di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun, berkata rakyat sudah mula sedar bahawa kemajuan yang dikecapi mereka selama ini ada hasil usaha dari pemimpin BN yang ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Wanita kini dilihat setaraf dengan kaum lelaki apabila ramai wanita telah diberi peranan untuk memegang jawatan yang tertinggi di dalam parti dan beberapa jawatan tertinggi di dalam kerajaan.

"Kami (wanita) akan memberikan sokongan yang terbaik kepada pimpinan Bahagian dan juga kepada jentera DUN bagi memastikan kawasan ini dapat dirampas kembali," katanya.


Tag: