• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

PRU14 : BN Optimis Rampas Alor Limbat, Bukit Payong

A. Latiff ditemuramah media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Marang.

"Kita yakin akan mendapat kembali dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang pernah dimenangi Barisan Nasional (BN), Alor Limbat dan Bukit Payong selain mengekalkan DUN Pengkalan Berangan, kata Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemampuan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Daerah Marang di Binjai Rendah, Marang, hari ini.

Keyakinan beliau selaku individu yang mengetuai jentera BN Marang juga bersandarkan PRU14 adalah masa terbaik untuk pengundi berfikir secara terbuka serta positif dalam memilih calon dan parti yang terbukti mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.

A. Latiff turut menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam memilih 'calon boleh menang' bagi seluruh DUN dan Parlimen Marang.

"Di samping itu, kita juga melihat BN berpotensi besar untuk menawan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Semuanya tidak mustahil kerana sejarah pernah kita lakukan di Parlimen Marang sebelum ini.

"Jentera Marang akan berjuang sebaik mungkin untuk BN dan percaya siapapun calon yang dipilih, itu merupakan pilihan terbaik untuk kita," tegasnya.

Tag: