• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

PRU14: Mohamad Nor Optimis Tumbang Pas Di Marang

Mohamad Nor
Barisan Nasional (BN) optimis mampu menumbangkan dominasi pembangkang di Parlimen Marang pada pilihan raya umum lalu. 

Calon Parlimen (P037) Marang, Mohamad Nor Endot meluahkan keyakinan tersebut selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini, sekali gus akan menentang Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

"Walaupun saya diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen yang sekian lama telah didominasi oleh pembangkang, saya yakin dalam PRU14 ini saya akan menyerahkan kembali kepada BN.

"Apa relevannya lagi berada di bawah kepimpinan pembangkang sedangkan terbukti BN sahaja yang telah memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat selama ini. Mengapa tidak kita pulangkan parlimen ini kembali kepada BN,"kata beliau lagi.

Mohamad Nor menambah, jentera parti memiliki kekuatan tersendiri dan bersedia menggempur kubu pembangkang pada kali ini.

Pengerusi Peyelaras DUN Bukit Payung itu turut mengajak seluruh jentera untuk berjuang habis-habisan kerana tidak mustahil kegemilangan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar yang merampas parlimen itu pada PRU11 2004 lalu.

Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali iaitu pada PRU 1986 dan 2004 sehingga mendapat jolokan 'giant killer'.


Tag: