• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PRU15: Rosol Lawan Rozi Curi Tumpuan Di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU, 5 November - Parlimen Hulu Terengganu menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH),  dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon P038, Adnan Abdullah di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.

Penyandang Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid bertanding mewakili PN manakala BN diwakili Datuk Rozi Mamat.

Sementara itu, dua calon lain, Alias Ismail mewakili PH sementara Mohd Khadri Abdullah calon Pejuang.

Terdahulu Calon Pejuang, Mohd Khadri paling awal tiba di Perkarangan Pejabat  Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu pada pukul 8.10 pagi diikuti Alias (8.15 pagi), Rosol (8.20 pagi) dan Rozi (8.55 pagi).

Pada proses penamaan calon yang berlangsung di sini pagi tadi, kesemua calon hadir bersama wakil parti dan penyokong mereka lebih 5,000 orang seawal pukul 8 pagi.