• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

PSMZA Bantu Pelajar Pondok Dan Tahfiz Timba Kemahiran

DUNGUN, 5 Oktober - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) komited membantu pelajar pondok dan pusat tahfiz menimba kemahiran menerusi Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, program latihan kemahiran kepada pelajar tahfiz, sekolah pondok dan Techno Huffaz dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di  Makmal Komputer JTMK . 

"Kursus Asas Microsft Office Siri 1 melibatkan pelajar-pelajar Akademi Pengajian Al-Bahjah, Kijal, Kemaman. 

"Manakala Kursus Asas Editing Menggunakan Canva Siri 1 bersama pelajar Madrasatul Quran Pinang Baru, Bukit Besi Dungun, " katanya. 


Menurutnya, kursus yang telah diadakan pada 29 dan 30 September 2022 bagi sesi pertama akan berlangsung beberapa siri berikutnya iaitu pada 14 hingga 15 Oktober dan 20 dan 21 Oktober ini. 

Sementara itu, Jabatan Kejuruteraan Awam pula telah mengadakan Program  Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Latihan 
Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) bersama Pelajar Institusi Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pelajar Techno Huffaz Politeknik. 

Menerusi program ini seramai  40 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan, Paka yang berlangsung selama dua hari pada 1 dan 2 Oktober 2022. 

"Mereka telah menyertai Kursus Asas Pemasangan Paip, Kursus Asas Kerja Konkrit dan Ikat Bata yang berjalan secara serentak. 

"Dengan menyertai kursus-kursus berkenaan, pihak kami berharap ianya berjaya memberi pendedahan dan manfaat kepada mereka berkaitan dengan kemahiran asas yang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian. 

"Secara tidak langsung, ia juga menjadi permulaan yang baik dalam menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di politeknik," katanya. 

 


Tag: